Posts

Showing posts from February, 2009

Maruah Sultan Melayu

Rakyat sekarang sudah berani mencabar kuasa sultan-sultan.cuba kita imbas kembali pada zaman british rakyat taat dan setia kepada sultan walaupun hak sultan pada masa itu hanya sebagai ketua agama islam.Rakyat pada waktu itu berusaha untuk memperjuangkan hak-hak sultan/raja sebagai ketua negeri....tapi sekarang sudah terbalik jadinya, rakyat sekarang sanggup berhimpun di depan istana kerana mempertikaikan keputusan yang telah di buat oleh baginda. Memang kita negara demokrasi tapi hak raja-raja masih berkuasa termaktub dalam perlembagaan.Kita dapat lihat, sekiranya kontrak sosial nak dimansuhkan ia perlu mendapat persetujuan sultan-sultan.Oleh itu,kita jangan ingat kita dah berjaya mendapat kepercayaan orang ramai kita dapat buat apa saja sehingga sanggup menderhaka terhadap raja-raja.Adat dan budi bahasa amat penting bagi orang melayu turun temurun.Apa akan jadi sekiranya generasi akan datang sudah lupa akan adat dan budi bahasa........RENUNGKANLAH...